Tuesday, November 22, 2011

Memandu Dalam Hujan Lebat

Salam kepada semua pembaca blog pucong's, semoga anda semua dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam lindungan Allah s.w.t sentiasa.

Bahang perlawanan akhir bolasepak sukan SEA yang berakhir semalam sangat terasa sampaikan lepas siaran langsung dah tamat mata aku masih lagi tak mahu nak pejam sehinggalah sekitar jam 2.30 pagi baru aku terlelap dan pastinya pagi tadi aku bangun lewat... dah hampir pukul 7.00 pagi... huhuhu.. ingatkan PM nak umum cuti... tapi aku buat dek je la, alang-alang dah lewat.. jarak perjalanan dari rumah aku ke tempat kerja adalah dalam 50km.

Kat luar hujan masih turun mencurah-curah tak tahu la bila nak berhenti. nak tak nak aku redah je la hujan tu... takpe la ngan kereta kalau ngan motor tak tahu la aku.. agaknya bukan menghala ke tempat kerja tapi ke klinik berdekatan amik m.c... ngeh! ngeh! ngeh!
Apapun memandu dalam keadaan hujan lebat ni sebenarnya sangat-sangat merbahaya dan bagi memastikan anda dapat sampai ke destinasi dengan selamat, ada beberapa perkara yang perlu anda ketahui selain dari perkara asas seperti pasang lampu, wiper dan pastikan tayar anda masih berbunga.
1. Jangan tekan brek jika kereta tergelincir, ini mungkin menyebabkan kereta terbabas, cara terbaik ialah kawal pemanduan menggunakan stering. (kalau bawak laju - sori la weiii).

2. Kalau jalan tu 2 lane, gunakan lane sebelah kerana apabila kenderaan dari arah berlawanan melalui lopak air dan menyebabkan percikan ke cermin hadapan kereta akan menghalang pandangan dan boleh mendatangkan bahaya jika sedang memandu laju.

3. Jika keadaan hujan semakin lebat dan keadaan gelap dan kabus mengganggu penglihatan, berhenti seketika di kawasan rehat bagi mengelakkan kecelakaan atau kemalangan.

4. Jangan mengekori terlalu rapat kereta hadapan, dah le jalan licin, kalau kereta depan brek mengejut, sah-sah cium bontot la jawabnya?

5. JANGAN menyalakan lampu kecemasan (hazard), kerana lampu itu sepatutnya dinyalakan apabila BERHENTI sahaja. Kalau tak percaya, baca semula buku lesen L.

6. Elakkan memandu terlalu laju kerana ia bukan sahaja membahayakan nyawa pemandu dan pemandu lain, tetapi juga menyebabkan enjin dibasahi air.

7. Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memandu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah.

Monday, November 21, 2011

Lawak Lawak

Assalamualaikum,

ni ada satu lawak bodoh yang hampir menyebabkan aku terguling-guling... memang kelakor habis, daripada cara penulisan dan bahasa yang digunakan macam ada ala-ala orang indon gitu.. tapi kat sini aku tukarkan ke bahasa melayu nak kasi senang faham... hehehe

Seorang lelaki yang berperut buncit naik keretapi. oleh kerana penumpang sudah penuh maka lelaki itu terpaksa ler berdiri. Tetiba, dia terasa ada seseorang sedang menghimpitnya, lalu lelaki itupun melihat kebelakang. laaaa, rupanya ada seorang ibu hamil yang juga sedang berdiri dibelakangnya. dengan lagak peramah la konon, lelaki tu pun bertanya pada wanita hamil tersebut :

Lelaki : hi... kakak hamil ya?
Ibu hamil : iya, dah tahu nak tanya lagi (kata wanita itu dengan nada kesal)

Lelaki : isinya orang ya, kak?
Ibu hamil : iya, (dengan nada kesal, lalu bertanya) encik hamil juga ya?

Lelaki : iya (sambil ketawa)
Ibu hamil : (kerana merasa jawapan lelaki itu tidak sopan dia melanjutkan pertanyaannya) isinya orang ya?

Lelaki : bukan, isinya anak gajah (sambil ketawa lagi).
Ibu hamil : (terkejut, lalu ketawa)

Lelaki : laa... kenapa ketawa? (dengan bingungnya)
Ibu hamil : oh isinya anak gajah, ya... patutlah belalainya keluar (sambil menunjuk seluar lelaki yang lupa dizip)
Brad Pitt
hahahaha.... tu la, kalau ye pun nak buat lawak, zip la seluar tu dulu.... padan ngan muke..

Hilangkan Mengantuk Semasa Memandu

Selalu ke anda mengantuk semasa memandu? kalau aku, pantang pegang stereng kereta pasti mata terasa berat jer... rupanya ada petua yang sepatutnya dari dulu aku amalkan bagi elak mengantuk semasa memandu ni... takde la aku telan kopi 'o' pekat sampai bercawan-cawan kerana nak hilangkan rasa mengantuk ni.

Mengantuk semasa memandu ni sangat-sangat la bahaya, kerana sekali terlelap je padah ler jawabnya kerana ketika terlelap itulah otak kita tidak lagi berfungsi, mata tertutup dan anggota tangan dan kaki tidak lagi dapat mengawal kenderaan yang dipandu.

Berbalik kepada petua tadi, mulakan dengan bismillah dan kemudiannya bacalah Ayat Kursi 3x dan "BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA' AHUWASSAMIUN 'ALIIMM" 3x sebelum anda memulakan perjalanan dan pastinya bacalah juga doa menaiki kenderaan. InsyaAllah selamat... akan tetapi kalau masih lagi rasa mengantuk tu datang juga.... tido la weiiii.... berhenti la sekejap kat tepi jalan, parking elok-elok pastu tidur la sekejap sehingga badan kembali segar, baru la teruskan perjalanan semula... wassalam

 

Sunday, November 20, 2011

Kerana Cermin Mata

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Sekadar mencatat sesuatu yang aku terlintas sebentar tadi berkaitan dengan penampilan yang berbeza apabila bercermin mata dan sebaliknya. Walaupun hanyalah sekadar hiburan ringan diwaktu lapang tetapi boleh juga kita fikirkan, betapa cermin mata sebenarnya mampu mengubah penampilan.

Lihat gambar dibawah ni :

glasses
glasses (1)
glasses (2)
glasses (3)

Luasnya Neraka


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail: 'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi s.a.w bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1.       Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2.       Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3.       Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4.       Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5.       Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6.       Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7.       Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8.       Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9.      Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10.   Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11.   Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua..... Wallahua' lam.




Thursday, November 17, 2011

Tak Patut Betul.....

 
 KUARTET emas (dari kiri) Yunus Lasaleh, Kannathasan, Schzuan dan Yuvaraaj   meraikan kejayaan  di Kompleks Jakabaring, Palembang, semalam.
KUARTET emas (dari kiri) Yunus Lasaleh, Kannathasan, Schzuan dan
Yuvaraaj meraikan kejayaan di Kompleks Jakabaring, Palembang, semalam.

Kemenangan kuartet 4 x 400 meter lelaki negara yang menampilkan atlit tersisih Muhammad Yunus Lasaleh, S Kannathasan, P Yuvaraaj dan Schzuan Ahmad Rosely mencatat 3 minit 10.47 saat untuk menewaskan kuartet Filipina dan Thailand memang sangat-sangat mengejutkan.

Tetapi yang lebih mengejutkan adalah apabila kuartet emas ini terpaksa balik awal tanpa merasa nikmat berada diatas podium pemenang sambil menyanyikan lagu negaraku apabila tiket penerbangan balik untuk mereka sebenarnya telah ditempah berikutan tidak langsung diberikan harapan untuk memenangi sebarang pingat oleh KOAM.

Wahai orang kuat KOAM, ambil ikhtibar dari peristiwa yang berlaku ini supaya tidak lagi berulang di masa depan..... buat Shahidan Kassim, tak payah la nak pikir pasal pertahan jawatan presiden KOAM. duduk rehat je la kat rumah daripada menyusahkan orang.



Wednesday, November 16, 2011

Kelisa Emas / Golden Arowana

Kelisa Emas atau Malaysian Golden Arowana, tidak kira la apa jenis baka sekalipun iaitu highback, highback quality, super highback, crossback blue base dan beberapa jenis lagi memang mahal harga die. Spesis ikan hiasan paling mahal ni....

Pasal tu la sekarang ni banyak syarikat terutamanya di sekitar kawasan gunung semanggol atau tasik bukit merah menawarkan sistem pawah ikan arowana ni. Tak tahu le aku dah berapa banyak keuntungan yang diperolehi oleh mereka-mereka yang join sistem pawah ni tapi dengan cerita lumayan juga... hehehe...
Tapi yang pastinya, mana ada perniagaan yang tak ada risiko... kalau dikata takde risiko, memang sah-sah nak menipu la tu namanya...

Ikan ni memang cantik pasal tu la aku sendiripun ada bela gak. Memula beli SHB seekor, lepas tu mengada-ngada beli lagi seekor. Harga toksah cerita ler, seekor dah lebih dari seribu. Nak jadi cerita, lepas beli yang no. 2 tu dalam tak sampai sebulan, yang memula tu pulak kojol... huhuhuhu... terbang duit aku.... ilmu tak ada, tapi mengada-ngada... sekarang ni, yang beli kemudian tu dah besar panjang dah. Umur dah nak masuk 2 tahun dah kot....

Kalau kau orang ada duit, bagus gak bela ikan ni... tak cerewet langsung sebenarnya daripada membela ikan tah apa-apa kat dalam akuarium kau orang tuuuu... yang penting, usaha sikit dapatkan ilmu yang betul cara-cara nak membelanya.


Monsoon Cup 2011

22 – 27 November 2012, Monsoon Cup atau dalam bahasa melayunya Piala Monsun yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Hj. Ahamad Badawi pada tahun 2005.

Seingat aku masa memula siri jelajah 'World Match Racing' ni bermula di Pulau Duyong, ramai sungguh orang yang membangkang usaha nak bawa kejohanan kapal layar ni ke Terengganu. Mantan MB Terengganu masa tu, Dato' Sri Ideris Jusoh memang selalu turun padang kerana nak meyakinkan orang ramai bahawa penganjuran Piala Monsun ni akan membawa banyak kebaikan dan keuntungan kepada seluruh rakyat.

Masa tu Piala Monsun ni masih bernaung di bawah payung Swedish Match Tour. Semuanya bermula dari bawah khemah, tak macam sekarang semua kelengkapan kat marina Riyaz Heritage tu dah canggih manggih dah dan aku merupakan pembawa piala kejohanan yang pertama... hehehe (bangga diri la tue...) dan sampai hari ni untuk kejohanan yang bakal berlangsung pada 22hb. ni aku masih diharapkan sebagai pegawai koordinasi untuk perarakan piala monsun semasa perasmian dan penutup.

Pada aku sapa yang menang tak penting sangat, diaorang nak rebut piala monsun je ke... atau piala WMRT ke aku peduli hape... janji penganjuran berjalan dengan lancar dan Terengganu khasnya serta Malaysia amnya di 'respek' sebagai antara penganjur terbaik untuk kejohanan bertaraf dunia.

 

Tuesday, November 15, 2011

Semak Keputusan UPSR 2011 guna mySMS

Keputusan UPSR boleh disemak melalui mySMS bermula jam 10 pagi, 17 November 2011 sehingga jam 12 malam, 23 November 2011.

Sila taip UPSR [angka giliran] dan SMS ke 15888.

Nabila Huda... Seksi Ke Seksa

HAVOC!!!!... anak kepada penyanyi rock terkenal Amy Search buat perangai lagi. Selepas kecoh dengan kes perceraian kini heboh pula pasal cerita parti haloween Nabila Huda yang hanya berbikini... siap ada aksi cium mulut pulak tuuu... cari publisiti murah kerrr?????

Aku rasa la, dia ni ada masalah mental kot pasal dia tak boleh fikir ke yang ramai orang sekeliling yang kenal dia walaupun tak minat langsung kat dia dan sebahagian lagi tu peminat bapak dia...  Dunia! Dunia!......

Monday, November 14, 2011

Malangnya Nasib Cik Abang Oiiii

apa masalah sebenarnya dengan abang kita ni ekkk???? nak kata tak tahu langsung pasal benda tu... mustahil. iskhhh... takkan nak kena ajor jugak kottttt.... hehehehe... memang patut la nak kena ajor pendidikan seks kat sekolah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...