Tuesday, November 22, 2011

Memandu Dalam Hujan Lebat

Salam kepada semua pembaca blog pucong's, semoga anda semua dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam lindungan Allah s.w.t sentiasa.

Bahang perlawanan akhir bolasepak sukan SEA yang berakhir semalam sangat terasa sampaikan lepas siaran langsung dah tamat mata aku masih lagi tak mahu nak pejam sehinggalah sekitar jam 2.30 pagi baru aku terlelap dan pastinya pagi tadi aku bangun lewat... dah hampir pukul 7.00 pagi... huhuhu.. ingatkan PM nak umum cuti... tapi aku buat dek je la, alang-alang dah lewat.. jarak perjalanan dari rumah aku ke tempat kerja adalah dalam 50km.

Kat luar hujan masih turun mencurah-curah tak tahu la bila nak berhenti. nak tak nak aku redah je la hujan tu... takpe la ngan kereta kalau ngan motor tak tahu la aku.. agaknya bukan menghala ke tempat kerja tapi ke klinik berdekatan amik m.c... ngeh! ngeh! ngeh!
Apapun memandu dalam keadaan hujan lebat ni sebenarnya sangat-sangat merbahaya dan bagi memastikan anda dapat sampai ke destinasi dengan selamat, ada beberapa perkara yang perlu anda ketahui selain dari perkara asas seperti pasang lampu, wiper dan pastikan tayar anda masih berbunga.
1. Jangan tekan brek jika kereta tergelincir, ini mungkin menyebabkan kereta terbabas, cara terbaik ialah kawal pemanduan menggunakan stering. (kalau bawak laju - sori la weiii).

2. Kalau jalan tu 2 lane, gunakan lane sebelah kerana apabila kenderaan dari arah berlawanan melalui lopak air dan menyebabkan percikan ke cermin hadapan kereta akan menghalang pandangan dan boleh mendatangkan bahaya jika sedang memandu laju.

3. Jika keadaan hujan semakin lebat dan keadaan gelap dan kabus mengganggu penglihatan, berhenti seketika di kawasan rehat bagi mengelakkan kecelakaan atau kemalangan.

4. Jangan mengekori terlalu rapat kereta hadapan, dah le jalan licin, kalau kereta depan brek mengejut, sah-sah cium bontot la jawabnya?

5. JANGAN menyalakan lampu kecemasan (hazard), kerana lampu itu sepatutnya dinyalakan apabila BERHENTI sahaja. Kalau tak percaya, baca semula buku lesen L.

6. Elakkan memandu terlalu laju kerana ia bukan sahaja membahayakan nyawa pemandu dan pemandu lain, tetapi juga menyebabkan enjin dibasahi air.

7. Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memandu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah.

1 comment:

Afzainizam said...

Thanks bro.... banyak infor di sini... sememangnya kalau pasang hazard lamp tu mengelirukan kita yang dok kat belakang sama ada nak belok kiri ke atau kanan... sering kali terkeliru... masa hujan lebat tu yang xcident tu...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
teknik penyaduran chrome electro

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...