Monday, November 21, 2011

Hilangkan Mengantuk Semasa Memandu

Selalu ke anda mengantuk semasa memandu? kalau aku, pantang pegang stereng kereta pasti mata terasa berat jer... rupanya ada petua yang sepatutnya dari dulu aku amalkan bagi elak mengantuk semasa memandu ni... takde la aku telan kopi 'o' pekat sampai bercawan-cawan kerana nak hilangkan rasa mengantuk ni.

Mengantuk semasa memandu ni sangat-sangat la bahaya, kerana sekali terlelap je padah ler jawabnya kerana ketika terlelap itulah otak kita tidak lagi berfungsi, mata tertutup dan anggota tangan dan kaki tidak lagi dapat mengawal kenderaan yang dipandu.

Berbalik kepada petua tadi, mulakan dengan bismillah dan kemudiannya bacalah Ayat Kursi 3x dan "BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA' AHUWASSAMIUN 'ALIIMM" 3x sebelum anda memulakan perjalanan dan pastinya bacalah juga doa menaiki kenderaan. InsyaAllah selamat... akan tetapi kalau masih lagi rasa mengantuk tu datang juga.... tido la weiiii.... berhenti la sekejap kat tepi jalan, parking elok-elok pastu tidur la sekejap sehingga badan kembali segar, baru la teruskan perjalanan semula... wassalam

 

1 comment:

Afzainizam said...

Sebaik-baiknya memang kita mohon Allah pelihara kita dari benda buruk...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
teknik penyaduran chrome electro

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...