Wednesday, November 16, 2011

Monsoon Cup 2011

22 – 27 November 2012, Monsoon Cup atau dalam bahasa melayunya Piala Monsun yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Hj. Ahamad Badawi pada tahun 2005.

Seingat aku masa memula siri jelajah 'World Match Racing' ni bermula di Pulau Duyong, ramai sungguh orang yang membangkang usaha nak bawa kejohanan kapal layar ni ke Terengganu. Mantan MB Terengganu masa tu, Dato' Sri Ideris Jusoh memang selalu turun padang kerana nak meyakinkan orang ramai bahawa penganjuran Piala Monsun ni akan membawa banyak kebaikan dan keuntungan kepada seluruh rakyat.

Masa tu Piala Monsun ni masih bernaung di bawah payung Swedish Match Tour. Semuanya bermula dari bawah khemah, tak macam sekarang semua kelengkapan kat marina Riyaz Heritage tu dah canggih manggih dah dan aku merupakan pembawa piala kejohanan yang pertama... hehehe (bangga diri la tue...) dan sampai hari ni untuk kejohanan yang bakal berlangsung pada 22hb. ni aku masih diharapkan sebagai pegawai koordinasi untuk perarakan piala monsun semasa perasmian dan penutup.

Pada aku sapa yang menang tak penting sangat, diaorang nak rebut piala monsun je ke... atau piala WMRT ke aku peduli hape... janji penganjuran berjalan dengan lancar dan Terengganu khasnya serta Malaysia amnya di 'respek' sebagai antara penganjur terbaik untuk kejohanan bertaraf dunia.

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...