Wednesday, November 16, 2011

Kelisa Emas / Golden Arowana

Kelisa Emas atau Malaysian Golden Arowana, tidak kira la apa jenis baka sekalipun iaitu highback, highback quality, super highback, crossback blue base dan beberapa jenis lagi memang mahal harga die. Spesis ikan hiasan paling mahal ni....

Pasal tu la sekarang ni banyak syarikat terutamanya di sekitar kawasan gunung semanggol atau tasik bukit merah menawarkan sistem pawah ikan arowana ni. Tak tahu le aku dah berapa banyak keuntungan yang diperolehi oleh mereka-mereka yang join sistem pawah ni tapi dengan cerita lumayan juga... hehehe...
Tapi yang pastinya, mana ada perniagaan yang tak ada risiko... kalau dikata takde risiko, memang sah-sah nak menipu la tu namanya...

Ikan ni memang cantik pasal tu la aku sendiripun ada bela gak. Memula beli SHB seekor, lepas tu mengada-ngada beli lagi seekor. Harga toksah cerita ler, seekor dah lebih dari seribu. Nak jadi cerita, lepas beli yang no. 2 tu dalam tak sampai sebulan, yang memula tu pulak kojol... huhuhuhu... terbang duit aku.... ilmu tak ada, tapi mengada-ngada... sekarang ni, yang beli kemudian tu dah besar panjang dah. Umur dah nak masuk 2 tahun dah kot....

Kalau kau orang ada duit, bagus gak bela ikan ni... tak cerewet langsung sebenarnya daripada membela ikan tah apa-apa kat dalam akuarium kau orang tuuuu... yang penting, usaha sikit dapatkan ilmu yang betul cara-cara nak membelanya.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...