Monday, November 21, 2011

Lawak Lawak

Assalamualaikum,

ni ada satu lawak bodoh yang hampir menyebabkan aku terguling-guling... memang kelakor habis, daripada cara penulisan dan bahasa yang digunakan macam ada ala-ala orang indon gitu.. tapi kat sini aku tukarkan ke bahasa melayu nak kasi senang faham... hehehe

Seorang lelaki yang berperut buncit naik keretapi. oleh kerana penumpang sudah penuh maka lelaki itu terpaksa ler berdiri. Tetiba, dia terasa ada seseorang sedang menghimpitnya, lalu lelaki itupun melihat kebelakang. laaaa, rupanya ada seorang ibu hamil yang juga sedang berdiri dibelakangnya. dengan lagak peramah la konon, lelaki tu pun bertanya pada wanita hamil tersebut :

Lelaki : hi... kakak hamil ya?
Ibu hamil : iya, dah tahu nak tanya lagi (kata wanita itu dengan nada kesal)

Lelaki : isinya orang ya, kak?
Ibu hamil : iya, (dengan nada kesal, lalu bertanya) encik hamil juga ya?

Lelaki : iya (sambil ketawa)
Ibu hamil : (kerana merasa jawapan lelaki itu tidak sopan dia melanjutkan pertanyaannya) isinya orang ya?

Lelaki : bukan, isinya anak gajah (sambil ketawa lagi).
Ibu hamil : (terkejut, lalu ketawa)

Lelaki : laa... kenapa ketawa? (dengan bingungnya)
Ibu hamil : oh isinya anak gajah, ya... patutlah belalainya keluar (sambil menunjuk seluar lelaki yang lupa dizip)
Brad Pitt
hahahaha.... tu la, kalau ye pun nak buat lawak, zip la seluar tu dulu.... padan ngan muke..

1 comment:

Afzainizam said...

selalu gak zip tak perasan tak zipkan balikkk maluuu beb

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...